mcmc
Laporan Aktiviti

TAKLIMAT WASPADA BERITA PALSU & PERISIAN BAHAYA

Taklimat Waspada Berita Palsu dan Perisian Bahaya

Tarikh: 23 & 25 Julai 2025
Masa: 03:00 Petang -05:00 Petang
Lokasi: NADI Pekan Asajaya
Peserta: 2 Orang

Tujuan: 

Kempen Internet Selamat bersama SSO NERA yang membincangkan perisian bahaya merbahaya dan laman web merbahaya. Peserta yang terdiri daripada peserta sekolah rendah dan menengah telah didedahkan dengan pelbagai maklumat seperti contoh laman web yang boleh mendedahkan kita kepada bahaya internet dan juga perisian merbahaya seperti phishing dan bagaimana untuk mengelak menjadi mangsa phishing.

Selain itu, taklimat tersebut juga membincangkan bahaya berita palsu kepada peserta berumur 12 tahun ke bawah. Peserta juga diterangkan apa itu maklumat palsu dan contoh-contoh maklumat palsu. Pada penghujung taklimat, peserta telah menyertai kuiz online untuk menguji tahap kefahaman para peserta.

Tahniah dan terima kasih atas penyertaan adik-adik kerana telah menyertai sesi taklimat Kempen Internet Selamat.

Gambar Disini