Kelas Mahir Jahit Intake 2 Ogos 2025
| Tarikh: 6.8,13,15, 20,21 Ogos 2025 |
| Masa: 03:00 Petang-04:30 Petang & 09:30 Pagi-11:00 Pagi |
| Lokasi: NADI Pekan Asajaya |
| Peserta: 3 Orang |
Tujuan:
Kelas Mahir Jahit Intake 2 yang disertai oleh golongan wanita dewasa. Pada kelas yang ketiga, pengajar telah mengajar cara menggunakan pita ukur baju dan cara membaca pita ukur dan pembaris.
Pada kelas keempat peserta telah mempelajari garisan asas pola dan garisan asas utama seperti garisan melintang dan garisan menegak. Selain itu, peserta juga mempelajari garisan asas baju, garisan asas tangan dan garisan asas kain.
Pada kelas minggu kelima, peserta telah mempelajari cara menjahit apron, bahan dan alatan yang perlu dibawa seperti alatan menanda, alatan menggunting dan alatan mengukur.
Pada kelas minggu keenam pula, para telah mengenali jahitan tangan asas dan cara-cara penyediaan gambar tugasan iaitu proses menjahit apron.