mcmc
Maklumat Setempat

Berita Setempat

POSTER-PI1M

 

PERTANDINGAN DASHBOARD KOMUNITI 2018

Pertandingan ini melibatkan soalan-soalan yang terkandung di dalam modul DK dan terbahagi kepada tiga kategori iaitu kategori My Shop, My Health dan My Career.

POSTER-PI1M

 

Bersempena dengan BULAN KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA 2016, PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA PEKAN ASAJAYA akan mengadakan pertandingan RUMAH BERHIAS MERDEKA & KEK LAPIS BERHIAS MERDEKA.

_SAMBUTLAH BULAN KEMERDEKAAN DENGAN MERIAH_ 

 

 

bannerkesihatan2

PERTANDINGAN VIDEO KREATIF KESIHATAN REMAJA 2016

MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan ‘Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016’ yang bertemakan ‘Memperkasakan Remaja Digital Dengan Gaya Hidup Sihat’. Program ini dijalankan dalam menyokong Pelan Tindakan Kesihatan Remaja Kebangsaan 2015-2020

Link Pertandingan Video Kesihatan Remaja 2016

 

 

                                           PROGRAM SUKARELAWAN ICT MALAYSIA (MIV)

Program ini adalah salah satu inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menggalakkan orang ramai menyertai dan menyumbang kepada pemerkasaan rakyat Malaysia untuk menjadi warga Digital.

Pendaftaran ahli sukarelawan boleh dibuat di laman web miv.mcmc.gov.my.

Ahli sukarelawan adalah terbuka kepada komuniti yang menetap (atau berasal dari) di sekitar PUSAT INTERNET yang terpilih.

-Sekian-

 

PI1M PEKAN ASAJAYA turut menjalankan Cambridge ICT Starter (CIS) yang diakreditasi oleh universiti bertaraf dunia iaitu University Of Cambridge International Examination, United Kingdom.

Program ini bertujuan untuk membangunkan kecekapan ICT para pelajar melalui pendedahan kepada pelbagai aplikasi dan perisian komputer.

Sijil yang dianugerahkan adalah bertaraf antarabangsa.

Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah menghubungi pihak kami ataupun datang ke Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Asajaya untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai program yang ditawarkan.

-Sekian-