Kelas Asas Microsoft Word
Tarikh: 4 Januari 2025 |
Masa: 11:00 Pagi-12:00 Tengah Hari |
Lokasi: NADI Pekan Asajaya |
Peserta: 1 Orang |
Tujuan:
Kelas asas MS Word bersama peserta yang merupakan seorang belia. Kelas dimulakan dengan mengajar peserta cara asas membuka dokumen baru pada MS Word. Seterusnya, peserta telah diajar untuk menaip tajuk dokumen dan menaip petikan pendek pada dokumen tersebut. Selain itu, petugas juga telah memberi tunjuk ajar kepada peserta cara memasukkan gambar pada dokumen dan menyusun gambar tersebut supaya lebih menarik dengan menggunakan fungsi Position Picture pada MS Word. Pada akhir kelas, peserta dapat menguasai langkah asas dalam penggunaan Microsoft Word.