mcmc
Laporan Aktiviti

KELAS NADI MAHIR GAJET JANUARI 2025

Kelas NADI Mahir Baiki Gajet: Januari 2025

Tarikh: 4,11, 18 & 25 Januari 2025
Masa: 09:30 Pagi-10:30 Pagi
Lokasi: NADI Pekan Asajaya
Peserta: 2 Orang

Tujuan: 

Kelas NADI Mahir Baiki Gajet dimana para peserta akan mempelajari cara memperbaiki gajet yang diajar oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang tersebut.

Pada kelas 2 Mahir Baiki Gajet, peserta telah diajar cara memuatnaik surat tidak hadir dalam sistem MTS dan juga cara menghubungi Cikgu pada box chat pada sistem MTS. Selain itu, pelajar juga diperkenalkan dengan alat-alat baik pulih telefon dan kegunaannya. Antara peralatan yang diterangkan oleh Cikgu ialah Multimeter, Heat Gun,Soldering Iron, Tweezer dan Spudger. Setiap peralatan tersebut mempunyai fungsi yang berbeza.

Untuk kelas ke 3, peserta telah mempelajari sejarah dan evolusi telefon pintar dan juga potensi menjana pendapatan dalam bidang pembaikan telefon pintar. Selain daripada itu, pelajar juga telah menambah pengetahuan mereka tentang peluang kerja dalam baik pulih telefon pintar.

Pada kelas ke 4 baiki gajet, peserta mempelajari modul komponen asas telefon pintar seperti bateri, skrin LCD/OLED, papan pengecas, motherboard, kamera, speaker dan sebagainya. Selanjutnya, peserta juga telah diterangkan fungsi-fungsi setiap komponen asas tersebut. Setiap komponen mempunyai fungsinya yang tersendiri.

Kelas ke 5 pula memperkenalkan peserta tentang alat uji telefon pintar seperti USB Charger Doctor, Battery Active Board, DC Power supply dan banyak lagi. Para peserta juga telah diterangkan kegunaan alatan tersebut dalam proses membaiki gajet.

Gambar Disini