Kelas NADI Mahir Masak: Februari 2025
Tarikh: 4, 5, 7,12 & 14,18,19 & 21 Februari 2025 |
Masa: 09:30 Pagi-10:30 Pagi & 02:30 Petang-03:30 Petang |
Lokasi: NADI Pekan Asajaya |
Peserta: 5 Orang |
Tujuan:
Pada kelas minggu 8 NADI Mahir Masak, peserta telah mempelajari cara pembuatan burger berpandukan resepi yang dikongsikan oleh Cikgu Ros. Sebelum itu, Cikgu Ros telah berkongsi kepada pelajar bahan-bahan yang diperlukan dalam pembuatan burger tersebut. Sebagai persediaan untuk kelas minggu hadapan, Cikgu Ros telah menyediakan senarai bahan yang perlu disediakan oleh peserta untuk membuat soft cookies.
Kelas minggu 9 Mahir masak telah mengajar peserta pembuatan Belgian Almond Chip Choc Cookies. Pada kelas tersebut peserta telah diterangkan bahan-bahan yang diperlukan termasuklah peralatan yang diperlukan semasa pembuatan. Seterusnya, Cikgu Ros telah mengajar peserta langkah demi langkah secara langsung untuk membuat cookies tersebut.
Kelas minggu 10 Mahir masak telah mengajar peserta pembuatan Red Velvet Cookies. Pada kelas tersebut peserta telah diterangkan bahan-bahan yang diperlukan termasuklah peralatan yang diperlukan semasa pembuatan. Para peserta juga telah diberikan 2 tugasan untuk diselesaikan pada masa cuti nanti.