Kempen Internet Selamat Bersama SK Haji Bujang Sebangan
| Tarikh: 6 Ogos 2025 |
| Masa: 09:00 Pagi -12:00 Tengah Hari |
| Lokasi: SK Haji Bujang Sebangan |
| Peserta: Pelajar Tahap 1 & 2 |
Tujuan:
Program Kempen Internet Selamat yang melibatkan pelajar Tahap 1 & 2 SK Haji Bujang Sebangan dengan kerjasama NADI Kluster Asajaya dan Simunjan.
Antara objektif program ini adalah:
Meningkatkan kefahaman murid mengenai Internet secara umum dan pelbagai fungsi aplikasi Internet.
Menjelaskan kepada murid mengenai had umur 13 tahun penggunaan media sosial berdasarkan peraturan platform media sosial.
Memberi kesedaran kepada murid tentang risiko dan ancaman dalam talian yang tidak dapat ditangani oleh kanak-kanak bawah 13 tahun disebabkan keupayaan mental yang masih belum bersedia.