Webinar Berkala Matematik: Tingkatan 4 & 5
Tarikh: 8 Februari 2025 |
Masa: 02:30 Petang-04:30 Petang |
Lokasi: NADI Pekan Asajaya |
Peserta: 3 Orang |
Tujuan:
Program khas DiLea yang melibatkan peserta dalam kalangan pelajar sekolah menengah Tingkatan 4 & 5.
Tujuan program ialah untuk mengulang kaji silibus Tingkatan 4 iaitu fungsi dan persamaan kuadratik dalam satu pemboleh ubah. Selain itu, program ini juga bertujuan supaya murid faham dan mampu menguasai teknik menjawab pelbagai aras dan bentuk soalan standard peperiksaan. Cikgu juga telah berkongsi teknik mudah menjawab baik dan berstrategi.