Kelas Kesedaran NADI E-Sukan Mac 2025
Tarikh: 09 Mac 2025 |
Masa: 09:00 Pagi -1:00 Petang |
Lokasi: NADI Pekan Asajaya |
Peserta: 30 Orang |
Tujuan:
Saringan Mobile Legend Bang Bang NADI Pekan Asajaya yang disertai oleh lima pasukan yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan lepasan SPM.
Saringan telah dijuarai oleh pasukan Donquixote yang berjaya mengalahkan pasukan Kaelith Aetherborn yang secara automatik menjadi naib juara untuk saringan NADI Pekan Asajaya. Tahniah kepada kelima-lima pasukan atas semangat juang yang tinggi dalam menyertai saringan MLBB pada kali ini. Tahniah juga diucapkan kepada Donquixote kerana mewakili NADI Pekan Asajaya pada peringkat seterusnya.