mcmc
Maklumat Pi1M

Sejarah Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Pekan Asajaya

Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Pekan Asajaya merupakan NADI fasa yang pertama (Fasa1x). NADI Pekan Asajaya mula beroperasi pada 1 Januari 2010. Namun demikian, Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Asajaya hanya beroperasi sehingga Ogos 2014 sebelum dinaiktaraf bermula Ogos 2014 sehingga November 2015. Selepas proses naiktaraf, NADI Pekan Asajaya telah beroperasi semula bermula 3 Disember 2016 sehingga sekarang. NADI Asajaya beroperasi dengan menggunakan premis milik Persatuan Nelayan Semera (PNK) bersebelahan dengan Dewan Masyarakat Kampung Semera. Jasa baik Persatuan Nelayan Semera (PNK) dalam membantu Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Pekan Asajaya  menyebarkan kemahiran penggunaan dan literasi ICT kepada masyarakat sekitar amatlah dihargai.